Tuesday, November 25, 2014

Cuti sekolah datang lagi...

Assalamualaikum...
Lama tak update blog Rafflesia Homestay ni...
Emm... cuti sekolah ujung tahun datang lagi.. sekejab saja masa berlalu... Datanglah ramai-ramai melawat Pulau Pinang.. Byk tempat menarik untuk dikunjungi....

Kali ini kita bercerita pasal Muzium Perang, Batu Uban Pulau Pinang..tempat ni sesuai untuk peminat sejarah.. memang best lah dan menyeramkan... ini serba sedikit info muzium perang yg saya share dari laman web http://www.tourism.gov.my. 



Muzium Perang Pulau Pinang ini terletak di atas Bukit Maung dibina untuk memperingati kompleks pertahanan asal yang dibina oleh British sebelum Perang Dunia II. Ia menjadi kubu pertahanan semasa perang.

Hari ini, ia menjadi kompleks sejarah tidak begitu tersusun yang mempamerkan banyak perlengkapan perang, dan menunjukkan garis masa sejarah.

Muzium perang ini ialah dedikasi kepada mereka yang pernah berkhidmat dan terkorban, mempertahankan negara.

Disarankan untuk berpakaian cerah dan selesa, pakaian tidak tebal; pakai kasut yang selesa; pakai topi berwarna malap dan sila bawa teropong, semburan penghalau serangga, buku nota dan pen. 



Kami sekeluarga pun sempat juga melawat muzium perang ni bulan Desember 2013.. memang puas hati... luas kawasannya dan byk yg kita boleh pelajari.. disamping ia juga agak menyeramkan.. saya sarankan tak payah bawa anak kecil.. agak risau jugak.. heheh

saya kongsikan sedikit gambar di muzium perang...

Kalau berkunjung ke Pulau Pinang jgn lupa bermalam di Rafflesia Homestay!.. :)










Wednesday, May 28, 2014

Gambar terkini...

 Gambar-gambar terkini di Rafflesia Homestay Permatang Pauh. Keperluan asas semua disediakan termasuk mesin basuh, pinggan mangkuk... Di bilik air kain basahan untuk mandi pun disediakan.
Mai2 bermalamlah di sini.







Sunday, May 11, 2014

SELAMAT HARI IBU.....



Selamat Hari Ibu diucapkan kepada para ibu sekelian...
Sempena hari yang bermakna ini Rafflesia Homestay menawarkan diskaun yg istimewa untuk penyewa-penyewa pada 14 Mei sehingga 31 Mei 2014

JANGAN LEPASKAN PELUANG!

Wednesday, November 14, 2012

Cuti sekolah ujung tahun 2012 telah bermula... Datanglah bercuti ke Pulau Pinang.. Di Pulau Pinang terdapat banyak pilihan restoran nasi kandar yang terkenal dengan kelazatannya.. Tuan puan bolehlah membawa keluarga merasa, pilihlah mana-mana restoran.. semuanya sedap belaka...








Tuesday, September 25, 2012

Terimakasih kepada Nurul dan rakan2 yg sudi menyewa Rafflesia Homestay selama 2 bulan mulai 21 Julai sehingga 23 September untuk menjalani praktikal guru di sekolah berdekatan. Semoga Nurul dan kawan2 menjadi guru yg berdedikasi dan berjaya selalu. Sekiranya datang ke Permatang Pauh lagi boleh la bermalam di sini lagi.

Tuesday, May 22, 2012

selamat mendaftar ke uitm

Assalamualaikum... Rafflesia homestay ingin mengucapkan selamat mendaftar ke UITM Permatang Pauh untuk adik2 yg bakal menjadi siswa dan siswi UITM pada 2 Jun nanti... UITM permatang Pauh begitu dekat dengan Rafflesia Homestay, jalan kaki pun tak penat...

Jadi bagi ibu bapa yg hendak menghantar anak ke UITM nanti bermalamlah di sini....

Siapa cepat dia dapat... selamat mendaftar diucapkan.......


Sunday, April 15, 2012

Assalamualaikum..
Lama sungguh tak mengupdate blog ini... agak sibuk dengan tugas harian.
Saya ingin mengucapkan terimakasih tidak terhingga kepada Syarikat Ev-Dynamic Sdn Bhd yang sudi memilih Rumah Penginapan Rafflesia sebagai rumah sewa selama 3 minggu untuk pekerja2nya seramai 5 orang. Rumah dijaga dengan baik dan tidak ada sebarang kerosakan atau kehilangan barang. Terimakasih sekali lagi.