Tuesday, November 25, 2014

Cuti sekolah datang lagi...

Assalamualaikum...
Lama tak update blog Rafflesia Homestay ni...
Emm... cuti sekolah ujung tahun datang lagi.. sekejab saja masa berlalu... Datanglah ramai-ramai melawat Pulau Pinang.. Byk tempat menarik untuk dikunjungi....

Kali ini kita bercerita pasal Muzium Perang, Batu Uban Pulau Pinang..tempat ni sesuai untuk peminat sejarah.. memang best lah dan menyeramkan... ini serba sedikit info muzium perang yg saya share dari laman web http://www.tourism.gov.my. 



Muzium Perang Pulau Pinang ini terletak di atas Bukit Maung dibina untuk memperingati kompleks pertahanan asal yang dibina oleh British sebelum Perang Dunia II. Ia menjadi kubu pertahanan semasa perang.

Hari ini, ia menjadi kompleks sejarah tidak begitu tersusun yang mempamerkan banyak perlengkapan perang, dan menunjukkan garis masa sejarah.

Muzium perang ini ialah dedikasi kepada mereka yang pernah berkhidmat dan terkorban, mempertahankan negara.

Disarankan untuk berpakaian cerah dan selesa, pakaian tidak tebal; pakai kasut yang selesa; pakai topi berwarna malap dan sila bawa teropong, semburan penghalau serangga, buku nota dan pen. 



Kami sekeluarga pun sempat juga melawat muzium perang ni bulan Desember 2013.. memang puas hati... luas kawasannya dan byk yg kita boleh pelajari.. disamping ia juga agak menyeramkan.. saya sarankan tak payah bawa anak kecil.. agak risau jugak.. heheh

saya kongsikan sedikit gambar di muzium perang...

Kalau berkunjung ke Pulau Pinang jgn lupa bermalam di Rafflesia Homestay!.. :)










No comments: